NO.MATRIK : EC1410018
BIDANG PENGAJIAN : DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
CITA-CITA : PEMUZIK
PENGENALAN
Pada masa kini, kecanggihan teknologi menjadi begitu
pesat membangun terutamanya dalam bidang ICT. Antara teknologi ICT ialah
komputer, komputer adalah sebuah mesin elektronik yang amat berguna samaada
pada zaman dahulu ataupun pada masa sekarang dimana ianya diprogramkan untuk kepelbagaian
guna seperti dapat membantu menyelesaikan tugas-tugas manusia dengan cepat dan
tepat sekaligus meringankan kerja
seharian manusia. Komputer ini juga digunakan di dalam pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak di prasekolah , dimana melalui penggunaan komputer ini
mereka dapat memperolehi pelbagai manfaat. Dimana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan berkesan seperti menggunakan alat seperti powerpoint dan video mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menyebabkan pemgajaran dan pembelajaran lebih aktif serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
KELEBIHAN
MENGGUNAKAN KOMPUTER DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
Antara kelebihan penggunaan komputer
di dalam pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak adalah ianya dapat meningkatkan
daya kreativiti dan imaginasi kanak-kanak. Mengikut beberapa ahli pakar melalui
penggunaan komputer imaginasi dan kreativiti dapat dihasilkan. Kanak-kanak juga
akan lebih cepat bertindak balas apabila berhadapan dengan suatu yang nyata
serta mempunyai daya warna yang menarik, cahaya, bunyi dan gambar. Contohnya penggunaan
gambar-gambar di komputer seperti gambar haiwan, bangunan dan pemandangan
sebenarnya dapat menjadi sumber idea kanak-kanak dimana mereka akan meniru imej
tersebut untuk diadaptasikan dalam karya mereka. Selain itu, dari aspek bunyi
pula mereka boleh melihat dan mendengar rakaman video di mana guru boleh menayangkan video
kepada kanak-kanak di bilik media agar kanak-kanak dapat meningkatkan daya
keativiti dan imaginasi mereka untuk berfikir bagi membina karya mereka yang
tersendiri. Maka dengan adanya aktiviti-aktiviti ini mereka akan memperolehi pengalaman yang bermakna.
Seterusnya, kebaikan dalam menggunakan komputer adalah meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pembelajaran. Pemilihan bahan bantu mengajar sebenarnya mempunyai peranan yang penting di dalam pengajaran dan pembelajaran dimana ianya mempengaruhi tahap kefahaman dan penguasaan murid terhadap pembelajaran. Maka dengan itu, penggunaan alat komputer amat digalakkan dimana melalui penggunaan komputer ini kanak-kanak akan cepat faham pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru dan guru juga akan lebih mudah memberi fahaman kepada kanak-kanak. Contohnya guru menunjukkan gambar haiwan serta rakaman video mengenai jenis-jenis haiwan tesebut. Disini guru memberi kanak-kanak maklumat yang tepat dan nyata dalam bentuk gambar berwarna, kejelasan suara dan video.
Selain itu, penggunaan komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat meningkatkan motivasi dan minat murid dalam pembelajaran. Hal ini selaras dengan pendapat Jonassen (1996) yang menyatakan, para pelajar yang mendapat bahan pengajaran melalui komputer mempunyai motivasi yang tinggi untuk belajar. Oleh itu, guru digalakkan menggunakan alat komputer di dalam pengajaran mereka agar kanak-kanak akan lebih aktif dan juga ia dapat merangsang kanak-kanak untuk mengikuti pembelajaran di dalam kelas. Contohnya kanak-kanak dapat meningkatkan daya fokus di dalam kelas dimana mereka akan lebih fokus apabila guru mengajar di dalam kelas. Murid akan lebih tertarik dan semakin bersemangat untuk mengikuti pembelajaran apabila penggunaan alat komputer digunakan dalam pembelajaran mereka seperti mereka akan teruja untuk lebih tahu setiap apa yang di ajar oleh guru.
Disamping itu, kelebihan menggunakan alat komputer dalam pengajaran
dan pembelajaran adalah memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua
murid yang pelbagai keupayaan. Setiap murid di dalam sesebuah kelas pastinya
tidak mempunyai kebolehan yang sama. Mereka mempunyai kebolehan yang berbeza
dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru. Contohnya kanak-kanak yang
cerdik akan cepat faham pelajaran yang diajar oleh guru berbanding kanak-kanak
yang lembab dimana mereka akan lambat menerima pelajaran yang diajar oleh guru.
Akan tetapi walaupun tahap kecerdasan mereka berbeza, mereka juga boleh belajar
dan menggunakan komputer di dalam kelas. Selain itu, kanak-kanak yang agak
cerdik berbanding rakan-rakan yang lain tidak akan merasa bosan di dalam kelas
apabila penggunaan komputer digunakan kerana melalui alat komputer tersebut
guru boleh memberikan mereka aktiviti yang lebih mencabar minda mereka. Maka dengan
itu, kesemua kanak-kanak boleh menggunakan komputer walaupun tahap kecerdasan
mereka berbeza serta mereka akan merasakan keseronokan apabila menggunakan
komputer bersama-sama dengan guru dan rakan sebaya mereka.
PENUTUP
Akhir sekali, kelebihan dalam menggunakan alat komputer dalam pengajaran
dan pembelajaran adalah membantu guru menyelesaikan tugasan dengan cepat dan
tepat sekaligus meringankan kerja guru. Apabila guru menggunakan komputer ianya
akan memudahkan lagi kerja mereka seperti mereka akan memperolehi maklumat yang
cepat dan tepat. Selain itu, mereka juga akan dapat memperolehi pelbagai bahan
bantu mengajar yang bernas yang terdapat di internetn dimana mereka akan
mengaplikasikan bahan bantu mengajar itu di dalam pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas. Bahan bantu mengajar yang mereka guna juga boleh digunakan
berulangkali. Contohnya bahan yang mereka guna pakai seperti rakaman video dan
juga gambar-gambar yang boleh diguna pakai semula pada murid-murid yang akan
datang. Maka dengan itu, guru digalakkan untuk menggunakan alat komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran mereka.
PENUTUP
Kesimpulannya,
penggunaan komputer merupakan alat yang boleh merangsang pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah iaitu suatu inovasi baru dalam pendidikan
awal kanak-kanak. Penggunaan komputer di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran juga penting bagi melahirkan generasi yang celik komputer. Melalui
alat komputer ini juga kanak-kanak akan dapat mengalami pelbagai deria seperti
deria pendengaran, sentuhan, visual dan sebagainya yang dapat membantu
mengukuhkan ingatan mereka. Penggunaan komputer di dalam pengajaran dan
pembelajaran juga dapat memupuk pelbagai kecekapan seperti mengalakkan petensi
emosi, kreatif, imaginatif serta pemikiran logik dan kritikal. Melalui alat komputer
ini juga kanak-kanak akan mendapat pelbagai pengalaman yang bermakna dengan
meneroka dan belajar melalui perisian yang terdapat di pasaran pada masa kini.
Akhir sekali, diharapkan penulisan ini dapat membantu kepada mereka yang ingin
tahu mengenai pengintegrasian teknologi komputer kepada kanak-kanak prasekolah
di Malaysia.
Sekian, terima kasih.
RUJUKAN
Jonassen, DH. 1996. Computer in
the Classroom: Mindtools for Critical Thinking. Columbus, OH:
Merrill/PrenticeHall.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan