PENGENALAN
Ciri-ciri
bilik darjah pada masa hadapan saya berpendapat kesemua ruangan bilik darjah
seperti perabot dan ruang, persekitaran fizikal dan lain-lain akan bertemakan
teknologi. Dimana teknologi pengajaran dan bahan teknologi digunakan untuk
membantu dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih mudah
difahami, menarik, menjimatkan masa serta ianya automatik dapat menjadikan
bilik darjah sebagai tempat yang kondusif. Pembelajaran yang bertemakan
teknologi ini juga akan menghilangkan rasa bosan kanak-kanak apabila proses
pembelajaran dilakukan.
Antara ruang
bilik darjah yang akan bertemakan teknologi pada masa hadapan seperti ruang
sudut bacaan murid. Sudut bacaan selalunya akan disediakan pada bahagian
belakang kelas. Dimana kesemua bahan bacaan disediakan oleh guru seperti buku,
kamus, peta, surat khabar dan majalah yang diletakkan dirak. Itu pada masa
kini, namun pada masa akan datang kesemua bahan bacaan itu akan disatukan
dengan cara murid akan menggunakan E-book dan notebook. Selain ianya mempunyai
banyak maklumat yang boleh dimuatkan dan dilihat ia juga menjimatkan kos serta
dapat menarik minat murid untuk membaca. Guru boleh menyediakan E-book dan
notebook untuk setiap murid agar murid berminat untuk membaca serta boleh
memudahkan kerja guru. Guru juga boleh menyediakan permaidani dan juga beberapa
bantal untuk murid di ruang sudut bacaan agar mereka merasa selesa kerana mereka
merasakan suasana semasa berada di rumah.
Selain itu, susun
atur bilik darjah yang kondusif juga penting kerana ianya dapat mempengaruhi
proses pengajaran dan pembelajaran. Selalunya guru akan mempunyai masalah untuk
menyusun meja dan kerusi disebabkan masa. Tetapi pada masa hadapan dengan adanya
bantuan teknologi guru tidak akan susah untuk menyusun meja dan kerusi kerana
adanya alat kawalan yang dapat mengawal kedudukan kerusi dan meja. Di dalam
alat kawalan tersebut terdapat pelbagai perisian mengenai susun atur bilik
darjah yang kondusif. Jika guru ingin mengubah susun atur meja dan kerusi guru
hanya perlu memilih salah satu kedudukan yang dia inginkan dan menekan alat
kawalan tersebut maka dengan sendirinya meja dan kerusi itu akan bergerak
mengikut kedudukan yang telah dipilih setelah alat kawalan ditekan. Dengan itu,
murid akan selesa dan tidak akan bosan semasa setiap kali berada di kelas apabila
susun atur bilik darjah dipelbagaikan.
Seterusnya
pencahayaan dan pengudaraan di dalam kelas dimana ianya amat penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa kini, pencahayaan dan pengudaraan
seperti lampu dan kipas digunakan di dalam kelas dimana cara untuk menghidupkan dan mematikan lampu dan
kipas adalah menggunakan suiz. Namun pada masa hadapan yang berbantukan
teknologi lampu dan kipas boleh dipasang dan ditutupkan melalui gelombang
suara. Dimana suara yang di set dalam perisian yang disediakankan akan menyebabkan lampu dan kipas tertutup dan terpasang sendirinya melalui gelombang suara tersebut. contohnya, suara guru telah di setkan pada perisian untuk memasang dan menutup kesemua yang
PENUTUP
Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah
ini amat penting kerana ia mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas. Kanak-kanak
akan lebih menumpukan perhatian apabila penggunaan teknologi dalam pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam