Selasa, 31 Januari 2017

CIRI-CIRI BILIK DARJAH DI MASA HADAPAN


PENGENALAN

Ciri-ciri bilik darjah pada masa hadapan saya berpendapat kesemua ruangan bilik darjah seperti perabot dan ruang, persekitaran fizikal dan lain-lain akan bertemakan teknologi. Dimana teknologi pengajaran dan bahan teknologi digunakan untuk membantu dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih mudah difahami, menarik, menjimatkan masa serta ianya automatik dapat menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang kondusif. Pembelajaran yang bertemakan teknologi ini juga akan menghilangkan rasa bosan kanak-kanak apabila proses pembelajaran dilakukan.

CIRI-CIRI BILIK DARJAH PADA MASA HADAPAN




Antara ruang bilik darjah yang akan bertemakan teknologi pada masa hadapan seperti ruang sudut bacaan murid. Sudut bacaan selalunya akan disediakan pada bahagian belakang kelas. Dimana kesemua bahan bacaan disediakan oleh guru seperti buku, kamus, peta, surat khabar dan majalah yang diletakkan dirak. Itu pada masa kini, namun pada masa akan datang kesemua bahan bacaan itu akan disatukan dengan cara murid akan menggunakan E-book dan notebook. Selain ianya mempunyai banyak maklumat yang boleh dimuatkan dan dilihat ia juga menjimatkan kos serta dapat menarik minat murid untuk membaca. Guru boleh menyediakan E-book dan notebook untuk setiap murid agar murid berminat untuk membaca serta boleh memudahkan kerja guru. Guru juga boleh menyediakan permaidani dan juga beberapa bantal untuk murid di ruang sudut bacaan agar mereka merasa selesa kerana mereka merasakan suasana semasa berada di rumah.



Selain itu, susun atur bilik darjah yang kondusif juga penting kerana ianya dapat mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran. Selalunya guru akan mempunyai masalah untuk menyusun meja dan kerusi disebabkan masa. Tetapi pada masa hadapan dengan adanya bantuan teknologi guru tidak akan susah untuk menyusun meja dan kerusi kerana adanya alat kawalan yang dapat mengawal kedudukan kerusi dan meja. Di dalam alat kawalan tersebut terdapat pelbagai perisian mengenai susun atur bilik darjah yang kondusif. Jika guru ingin mengubah susun atur meja dan kerusi guru hanya perlu memilih salah satu kedudukan yang dia inginkan dan menekan alat kawalan tersebut maka dengan sendirinya meja dan kerusi itu akan bergerak mengikut kedudukan yang telah dipilih setelah alat kawalan ditekan. Dengan itu, murid akan selesa dan tidak akan bosan semasa setiap kali berada di kelas apabila susun atur bilik darjah dipelbagaikan.


Seterusnya pencahayaan dan pengudaraan di dalam kelas dimana ianya amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa kini, pencahayaan dan pengudaraan seperti lampu dan kipas digunakan di dalam kelas dimana cara untuk menghidupkan dan mematikan lampu dan kipas adalah menggunakan suiz. Namun pada masa hadapan yang berbantukan teknologi lampu dan kipas boleh dipasang dan ditutupkan melalui gelombang suara. Dimana suara yang di set dalam perisian yang disediakankan akan menyebabkan lampu dan kipas tertutup dan terpasang sendirinya melalui gelombang suara tersebut. contohnya, suara guru telah di setkan pada perisian untuk memasang dan menutup kesemua yang 

PENUTUP
            
Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah ini amat penting kerana ia mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas. Kanak-kanak akan lebih menumpukan perhatian apabila penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.



Rabu, 25 Januari 2017

KELEBIHAN MENGGUNAKAN KOMPUTER DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

NAMA                                       : NORATILA BINTI TAIMIN
NO.MATRIK                               : EC1410018
BIDANG PENGAJIAN                : DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
CITA-CITA                                  : PEMUZIK






PENGENALAN

        Pada masa kini, kecanggihan teknologi menjadi begitu pesat membangun terutamanya dalam bidang ICT. Antara teknologi ICT ialah komputer, komputer adalah sebuah mesin elektronik yang amat berguna samaada pada zaman dahulu ataupun pada masa sekarang dimana ianya diprogramkan untuk kepelbagaian guna seperti dapat membantu menyelesaikan tugas-tugas manusia dengan cepat dan tepat  sekaligus meringankan kerja seharian manusia. Komputer ini juga digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di prasekolah , dimana melalui penggunaan komputer ini mereka dapat memperolehi pelbagai manfaat. Dimana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan berkesan seperti menggunakan alat seperti powerpoint dan video mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menyebabkan pemgajaran dan pembelajaran lebih aktif serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.


KELEBIHAN MENGGUNAKAN KOMPUTER DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

Antara kelebihan penggunaan komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak adalah ianya dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi kanak-kanak. Mengikut beberapa ahli pakar melalui penggunaan komputer imaginasi dan kreativiti dapat dihasilkan. Kanak-kanak juga akan lebih cepat bertindak balas apabila berhadapan dengan suatu yang nyata serta mempunyai daya warna yang menarik, cahaya, bunyi dan gambar. Contohnya penggunaan gambar-gambar di komputer seperti gambar haiwan, bangunan dan pemandangan sebenarnya dapat menjadi sumber idea kanak-kanak dimana mereka akan meniru imej tersebut untuk diadaptasikan dalam karya mereka. Selain itu, dari aspek bunyi pula mereka boleh melihat dan mendengar rakaman video di mana guru boleh menayangkan video kepada kanak-kanak di bilik media agar kanak-kanak dapat meningkatkan daya keativiti dan imaginasi mereka untuk berfikir bagi membina karya mereka yang tersendiri. Maka dengan adanya aktiviti-aktiviti ini mereka akan memperolehi pengalaman yang bermakna.


       Seterusnya, kebaikan dalam menggunakan komputer adalah meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pembelajaran. Pemilihan bahan bantu mengajar sebenarnya mempunyai peranan yang penting di dalam pengajaran dan pembelajaran dimana ianya mempengaruhi tahap kefahaman dan penguasaan murid terhadap pembelajaran.  Maka dengan itu, penggunaan alat komputer amat digalakkan dimana melalui penggunaan komputer ini kanak-kanak akan cepat faham pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru dan guru juga akan lebih mudah memberi fahaman kepada kanak-kanak. Contohnya guru menunjukkan gambar haiwan serta rakaman video mengenai jenis-jenis haiwan tesebut. Disini guru memberi kanak-kanak maklumat yang tepat dan nyata dalam bentuk gambar berwarna, kejelasan suara dan video.  


   Selain itu, penggunaan komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat meningkatkan motivasi dan minat murid dalam pembelajaran. Hal ini selaras dengan pendapat Jonassen (1996) yang menyatakan, para pelajar yang mendapat bahan pengajaran melalui komputer mempunyai motivasi yang tinggi untuk belajar. Oleh itu, guru digalakkan menggunakan alat komputer di dalam pengajaran mereka agar kanak-kanak akan lebih aktif dan juga ia dapat merangsang kanak-kanak untuk mengikuti pembelajaran di dalam kelas. Contohnya kanak-kanak dapat meningkatkan daya fokus di dalam kelas dimana mereka akan lebih fokus apabila guru mengajar di dalam kelas. Murid akan lebih tertarik dan semakin bersemangat untuk mengikuti pembelajaran apabila penggunaan alat komputer digunakan dalam pembelajaran mereka seperti mereka akan teruja untuk lebih tahu setiap apa yang di ajar oleh guru.


Disamping itu, kelebihan menggunakan alat komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan. Setiap murid di dalam sesebuah kelas pastinya tidak mempunyai kebolehan yang sama. Mereka mempunyai kebolehan yang berbeza dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru. Contohnya kanak-kanak yang cerdik akan cepat faham pelajaran yang diajar oleh guru berbanding kanak-kanak yang lembab dimana mereka akan lambat menerima pelajaran yang diajar oleh guru. Akan tetapi walaupun tahap kecerdasan mereka berbeza, mereka juga boleh belajar dan menggunakan komputer di dalam kelas. Selain itu, kanak-kanak yang agak cerdik berbanding rakan-rakan yang lain tidak akan merasa bosan di dalam kelas apabila penggunaan komputer digunakan kerana melalui alat komputer tersebut guru boleh memberikan mereka aktiviti yang lebih mencabar minda mereka. Maka dengan itu, kesemua kanak-kanak boleh menggunakan komputer walaupun tahap kecerdasan mereka berbeza serta mereka akan merasakan keseronokan apabila menggunakan komputer bersama-sama dengan guru dan rakan sebaya mereka.


Akhir sekali, kelebihan dalam menggunakan alat komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah membantu guru menyelesaikan tugasan dengan cepat dan tepat sekaligus meringankan kerja guru. Apabila guru menggunakan komputer ianya akan memudahkan lagi kerja mereka seperti mereka akan memperolehi maklumat yang cepat dan tepat. Selain itu, mereka juga akan dapat memperolehi pelbagai bahan bantu mengajar yang bernas yang terdapat di internetn dimana mereka akan mengaplikasikan bahan bantu mengajar itu di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Bahan bantu mengajar yang mereka guna juga boleh digunakan berulangkali. Contohnya bahan yang mereka guna pakai seperti rakaman video dan juga gambar-gambar yang boleh diguna pakai semula pada murid-murid yang akan datang. Maka dengan itu, guru digalakkan untuk menggunakan alat komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.


PENUTUP
   Kesimpulannya, penggunaan komputer merupakan alat yang boleh merangsang pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah iaitu suatu inovasi baru dalam pendidikan awal kanak-kanak. Penggunaan komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga penting bagi melahirkan generasi yang celik komputer. Melalui alat komputer ini juga kanak-kanak akan dapat mengalami pelbagai deria seperti deria pendengaran, sentuhan, visual dan sebagainya yang dapat membantu mengukuhkan ingatan mereka. Penggunaan komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat memupuk pelbagai kecekapan seperti mengalakkan petensi emosi, kreatif, imaginatif serta pemikiran logik dan kritikal. Melalui alat komputer ini juga kanak-kanak akan mendapat pelbagai pengalaman yang bermakna dengan meneroka dan belajar melalui perisian yang terdapat di pasaran pada masa kini. Akhir sekali, diharapkan penulisan ini dapat membantu kepada mereka yang ingin tahu mengenai pengintegrasian teknologi komputer kepada kanak-kanak prasekolah di Malaysia.


Sekian, terima kasih.

RUJUKAN

Jonassen, DH. 1996. Computer in the Classroom: Mindtools for Critical Thinking. Columbus, OH: Merrill/PrenticeHall.